Wednesday, June 10, 2009

KULIAH MINGGU 10

ANALISIS DATA
  • Analisis data ialah proses menggunakan data untuk membeikan maklumat utk cadangkan keputusan
  • pastikan ada 2 atau lebih jenis data untuk dianalisis
  • data kuantitatif dan kualitatif boleh dipersembahkan utk membantu proses analisis
  • cari pola dan kategori, persamaan dan terangkan trend dan pertanyaan, katalog, pemerhatian, bilang, banding dan buat anggaran.
Langkah analisis data kualititaif

LANGKAH 1
  • Tengok secara lalu maklumbalas
  • Ambil nota atas tema yang muncul , isu @ faktor yang didengar
  • Cari item yang penting dan berulang
LANGKAH2
  • Pilih 3 atau 4 tema kategori yang munculdan bina matriks
  • cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama.
  • tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar
  • Guna warna kod untuk kategori berlainan
LANGKAH 3
  • Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
  • baca tinjauan ( soal selidik), highlight, kata kunci yang berlainan dgn tema ( kategori ) yang dikenalpasti.
  • Rekodkan dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina.
LANGKAH 4
  • Tanya apa yang telah didapat
  • Rekod pemerhatiain pola yang muncul snasa kamu lihat matriks. 2 jenis pola iaitu pola konsep dan pola sikap
  • Tulis dan rekod pemerhatian bwh matriks
LANGKAH 5
  • apa kesimpulan yang boleh dibuat
  • rekod kesimpulan samada bwh matriks @ ats kertas yang berlainan
LANGKAH 6
  • Apa langkha seterusnya yang boleh dibuat
  • Tinjauan ( Soal selidik laini, temubual, penilaian
  • semak semua persoalan kajian
  • bina modul , aktiviti
  • jgn lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
  • apakah maklumat yang masih diperlukan
atas pelajar, kaedah, maklumat latar belakang

KEGUNAAN DATA DALAM PLAN DO-STUDY-ACT -CYCLE

Plan
  • nilai ddan ringkaskan semua data yang ada
  • analisis dan kenalpasti tema utama
  • kenalpasti sumber utama data yang akan memberikan ukuran progress penambahbaikan
Do
  • kumpul data
  • buat kajian rintis

Study
  • analisis data yang telah dikumpul dan buat kesimpulan
Act
  • Mengumpulkan data dan analisis data
  • merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan
  • Dapatan kajian bertujuan untuk memberi panduan dan memperbaiki pengajaran kita untuk panduan seterusnya.
Ringkasan analisis data
  • Rekabentuk pendekatan simpan semua data
  • cuba faham, maklumatyang ingin disampaikan oleh data
  • cari tema dan pola
  • sususn data berdasarkanapa yang kamu pelajari drp. data
  • masukkan semua data , termasuk data yang tidak menyokong.
  • baca dan baca lebih daripada sekali
  • Bina imej visual
  • Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
  • Kongsi dapatan, perbincangan ( akan timbulkan persoalan baru)
  • Let data speak to you.
PROSES ANALISIS DATA
  • Analisis data dan buat nota sepanjang masa
  • cari tema dan pola
  • Ringkaskan tema kepada 2-5 idea
  • lihat kembali data dans semak tema yang telah dibuat
  • Bina subtema jika perlu
  • simpan data secara berterusan malah dapatan kadangkala boleh mengejutkan kita
  • semak maklumat untuk mencari idea yang kerap muncul atau dominan
  • kenal pasti point utama
  • cari maklumat untuk sokong dapatan kajian
TUGASAN: Perbaiki proposal. nyatakan kaedah pengumpulan data dan kenapa dipilih.
Lampirkan juga soalan -soalan soal selidik dan temubual
hantar 2 next week( softcopy n hardcopy)

KULIAH MINGGU 8

Perbincangan mengenai proposal .
TUGASAN: Semua kumpulan dikehendaki memperbaiki proposal

Monday, June 1, 2009

KULIAH MIINGGU 7

Pada minggu ini beberapa kumpulan telah dipilih bagi membentang proposal mereka

Kumpulan 1
Tajuk: Meningkatkan penghayatan pelajar terhadap matapelajaran sejarah.
Cara yang dicadangkan adalah melalui komik. Contoh komik Tun Dr.Mahathir
Soalan: Bagaimana menilai penghayatan pelajar?
:Apakah instrument terbaik bagi menguji penghayatan pelajar.
Jawapan: Tiada instrument khas. Boleh menilai melalui esei pelajar.
Pensyarah memberi cadangan tajuk perlu diubah iaitu menguji minat pelajar dalam subjek sejarah melalui pendekatan komik berdasarkan komik- komik sedia ada di pasaran.

Kumpulan 2
Meningkatkan prestasi pelajar dalam kesusasteraan melayu ( puisi) melalui permainan pencarian harta karun.
Objektif : Meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam kesusasteraan melayu.
Sampel: Pelajar tingkatan 4
Cara: Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Permainan dijalankan seperti format pencarian harta karun. Terdapat 4 check point yang perlu dilalui oleh pelajar.
  • Check point 1: Menterjemahkan puisi
  • Check point 2: Mencipta puisi
  • Check point 3: Mereka lakonan berdasarkan kreativiti
  • Checkpoint 4: Mempersembahkan lakonan
Cara kumpul data melalui pemerhatian dan soal selidik sebelum dan selepas kaedah inbi digunakan.

Soalan: Apakah setting dan bila diadakan ?
Jawapan: di luar dan dalam kelas
Setiap checkpoint memerlukan 1 masa.
Cadangan : Pensyarah mencadangkan persembahan lakonan dilakukan secara besaran seperti pada minggu bahasa.Pelajar boleh diminta mencipta kostum untuk lakonan.
Boleh juga guna triangulation untuk mengumpul data.

Kumpulan 3
Tajuk: Meningkatkan pembinaan kata kunci melalui kaedah penggubahan lagu bagi meningkatkan kemahiran menjawab soalan.
Cara : guru mengajar sesuatu topik.
:Pelajar diberi ujian
: Guru mengarahkan pelajar membina kata kunci melalui penggubahan lagu
:Ujian post dibuat bagi melihat samada pembinaan kata kunci dapat meningkatkan
penglibatan pelajar atau tidak.

Data dikumpul melalui ujian
Cadangan pembinaan kata kunci di ubah kepada penggunaan kata kunci.


Kumpulan 4
Tajuk: Meningkatkan kemahiran menyanggar dalam permainan bola tampar
Masalah: Pelajar kurang mahir dalam menyanggar bola tampar
Sampel pelajar tingkatan 4 , masa 3 kali masa pertemuan
Cara: Guru membuat demonstrasi mengenai teknik yang betul
; Pelajar akan berlatih dengan menggunakan teknik yang betul
Penilaian dibuat secara pemerhatian.

Cadangan: Ditolak kerana tidak dapat menguji keberkesanan kaedah kepada pelajar.Pensyarah berpendapat sekiranya latihan dibuat secara berterusan maka pelajar akan mahir teknik tersebut.

Kumpulan 5
Meningkatkan penguasaan sebutan bahasa inggeris kepada pelajar sekolah rendah. (darjah 2)
Objektif: Dapat meningkatkan minat pelajar, pelajar yakin untuk bertutur dalam bahasa inggeris, meningkatkan prestasi bahasa inggeris sekolah.
Cara: Smart reader dimana pelajar belajar vokal dengan menggunakan buku dan kaset
: Nyayian dimana guru memberi handout dan pelajar akan menyanyi bersama
: Peer teaching- Pelajar yang telah mahir akan mengajar rakan yang tidak mahir. Ini
dibuat secara kumpulan.
: Cheering; Pelajar menyanyi sambil membuat pergerakan
Cara kumpul data: Ujian, dibuat pertandingan chorus speaking, story telling.
Cadangan: ada scoreboard markah sebagai peneguhan kepada pelajar
: Membuat temubual secara berkumpulan bagi mengumpul data



TUGASAN MINGGU INI:
Pensyarah meminta kami menulis pandangan mengenai kajian tindakan.