Sunday, April 26, 2009

KAJIAN TINDAKAN MINGGU1

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1.Kajian tindakan adalah proses dimana peserta biasanya guru memeriksa cara pengajaran mereka secara sistematik dan berhati-hati dengan menggunakan teknik-teknik kajian.
2. Tujuan kajian tindakan dijalankan adalah supaya guru dapat mengesan masalah yang berkaitan dengan suasana pembelajaran dan mencari jalan untuk mengatasi masalah atau isu tersebut seterusnya menambahkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, ia juga adalah untuk memperbaiki kurikulum sekolah, profesionalisme guru,penyusunan sekolah, sistem perancangan dan alat penilaian.
3.Perbezaan antara kajian tindakan dengan kajian-kajian yang lain adalah kajian tindakan bukanlah kajian perpustakaan semata-mata,dan ia adalah berkaitan bagaimana menggunakan pengetahuan yang ada untuk memperbaiki strategi, teknik,kemahiran dalam proses pengajaran.Ia bukanlah dilakukan untuk mengetahui mengapa ia berlaku tetapi bagaimana membuatkan keadaan menjadi lebih baik.
4. Langkah-langkah yang terlibat dalam kajian tindakan.
kenal pasti masalah ------ kumpul data-------tafsir data-------melakukan tindakan-------menilai keputusan-----mengulang langkah.
5. Langkah -langkah ini adalah suatu yang berbentuk kitaran.
6. Kebaikan kajian tindakan:
  • pelajar-meningkatkan pencapaian pelajar
  • guru-guru mengenali masalah yang dihadapi berkaitan pengajaran dan pelajaran,melakukan perubahan dan menilai semula langkah yang diambil.Guru juga berpeluang berkerjasama dengan guru atau pihak lain dan berkongsi idea.
  • sekolah-meningkatkan perkembangan profesionalisme,meningkatkan pencapaian pelajar, meningkatkan mutu kerjaya perguruan ( Johnson ,1995)

JENIS DAN CONTOH KAJIAN TINDAKAN

1.Terdapat empat jenis kajian tindakan:
  • individu
  • koloberatif
  • kajian tindakan sekolah
  • kajian tindakan daerah
2. kajian tindakan individu
  • guru lebih fokus kepada masalah yang berlaku didalam kelas sahaja.
  • Antara masalah adalah berkaitan dengan pengurusan kelas, penggunaan bahan, pembelajaran pelajar.
  • Guru mungkin mendapat sokongan dari pengetua, keluarga pelajar, penyelia
  • Masalah kajian tindakan secara individu adalah hasil kajian tidak dikongsi kecuali guru tersebut membentangkan dalam mesyuarat,konferens, atau menulis hasil kajiannya.
  • Contoh; masalah pelajar tidak terlibat dengan aktif dalam kelas semasa pelajaran dan pengajaran berlaku.Seterusnya, guru menggunakan kaedah berpusatkan pelajar seperti perbincangan. Kesan dari kaedah yang dibuat dinilai semula.

3. Kajian tindakan kolobratif

  • melibatkan dua atau lebih orang terhadap suatu isu yang sama.
  • isu atau masalah yang sama dihadapi oleh sebuah atau beberapa buah kelas
  • mendapat sokongan dari universiti atau komuniti
  • Contoh;Masalah pelajar kurang mahir dalam subjek matematik tambahan.

4.Kajian tindakan sekolah

  • Berkaitan dengan isu atau masalah peringkat sekolah.
  • contoh penglibatan para ibu bapa dalam aktiviti anjuran sekolah, atau masalah ponteng kelas dikalangan pelajar.
  • sangat memerlukan kerjasama dikalangan ahli. Apabila masalah dapat diatasi, akan wujud semangat kekitaan kerana ia adalah penyelesaian dari semua pihak.

5. Kajian tindakan daerah

  • lebih kompleks dan memerlukan lebih banyak sumber.
  • berkaitan dengan masalah yang dihadapi di peringkat daerah atau struktur organisasi.
  • Contoh untuk meningkatkan pencapaian kokurikulum dikalangan sekolah peringkat daerah atau masalah kekurangan guru bahasa inggeris di sekolah dalam daerah.
  • Kesan dari kajian tindakan daerah akan mengubah polisi sekolah,aktiviti, dan organisasi

Rujukan:www.alliance.brown.edu/pubs/themes_ed/act_research.pdf

TUGASAN 1

Nama Pengarang : Lin S.Norton

Tajuk Buku : Action Research in Teaching and Learning (A practical guide to conductingpedagogical research in universities)

Tahun Terbitan : 2009

Nama Penerbit :Routledge

Negeri Penerbit :London

No comments:

Post a Comment