Monday, April 27, 2009

KAJIA N TINDAKAN MINGGU 2

REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN.

1.Tujuan rekabentuk
  • Projek teras untuk melaporkan pada organisasi
  • projek ilmiah atau projek akademik
2.Projek teras melibatkan langkah:rancang, bertindak, pemerhatian, refleksi
3. Projek ilmiah melibatkan langkah
  • Bab 1 &2 Kajian perpustakaan
  • Bab 3 Pengumpulan data
  • Bab 4 Analisis data
  • Bab5 Sumbangan kepada bidang pengetahuan
Aktiviti 1.

MASALAH : Masalah keyakinan diri dalam keadaan tertentu.
PENAMBAHBAIKAN: Melibatkan diri secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan
MATLAMAT: Keyakinan diri dapat dipertingkatkan
OBJEKTIF: Menambah keyakinan diri melalui penglibatan secara aktif dalam semua aktiviti yang dilakukan dalam tempoh 3 bulan

PELAN TINDAKAN
Langkah yang perlu diambil:
  • Membaca banyak buku motivasi atau artikel mengenai cara -cara menambahkan keyakinan diri dan mengaplikasikannya
  • Memantapkan diri dengan pelbagai kemahiran agar keyakinan diri bertambah
  • Sentiasa memberi idea yang bernas dalam perbincangan
CARA INGIN MENGUMPUL DATA
  • Meminta bantuan rakan untuk menyemak pencapaian
  • Membuat sendiri catatan atau senarai semak mengenai aktiviti yang telah dilakukan , perubahan dan cara memperbaiki kelemahan
CARA MEMANTAU APA YANG DILAKUKAN
  • Memantau melalui senarai semak yang telah dibuat
  • memantau melalui komen yang telah diberi oleh rakan
CARA MENILAI APA YANG DIRANCANG
  • Dalam tempoh tertentu, contoh setiap bulan, perlu melihat senarai semak yang dilakukan. Kaji keberkesanannya. Jika ada aktiviti yang belum mencapai matlamat yang ditetapkan, fikirkan lanagkah lain untuk mengatasi masalah tersebut.
  • Merujuk rakan yang telah dipilih untuk memantau pencapaian diri dan meminta pandangan dari mereka mengenai kadeah lain yang boleh dilakukan

AKTIVITI 2


MASALAH: Pelajar tidak berminat untuk mempelajari tajuk sistem peredaran daran dalam tubuh manusia kerana topik terlampau kompeks untuk di fahami.
MATLAMAT:Memupuk minat pelajar agar pelajar dapat memahami topik dengan lebih mendalam.
OBJEKTIF: Pelajar dapat menerangkan semua topik yang dibincangkan dalam bab sistem peredaran darah manusia dengan tepat.
LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL:
  • Mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar semasa mengajar bab ini. Contoh melalui penggunaan model atau penayangan video
  • Memberi contoh yang sesuai yang mudah difahami oleh pelajar atau membuat analogi dengan perkara yang terdapat di sekeliling pelajar.
  • Mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
CARA MEMANTAU
  • Membuat kuiz diakhir setiap topik pengajaran atau mengadakan sesi soal jawab
CARA MENILAI
  • Berdasarkan kuiz atau sesi soal jawab yang dilakukan guru boleh menilai pelajar yang mampu menguasai topik atau topik yang pelajar paling sukar untuk dikuasai dan yang perlu diberi penekanan. Kemudian fikirkan cara lain yang mampu mengatasi masalah

No comments:

Post a Comment