Tuesday, May 5, 2009

KAJIAN TINDAKAN MINGGU 3

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN.

Konsep perubahan dalam pendidikan.

  • menyediakan manusia menghadapi masa depan dan tidak dapat dielakkan
  • perubahan didapati lebih menggambarkan ciri pendidikan berbanding kestabilan
  • ketidakspastian perlu dielakkan untuk kerana akan meruntuhkan generasi muda

Jenis jenis perubahan

Perubahan ke arah peningkatan-

memberi kesan kepada komponen tertentu dalam organisasi

-memperkenalkan teknologi baru.

Perubahan strategik organisasi.

melibatkan keseluruhan organisasi seperti

  • mendefinasi semula peranan organisasi
  • perubahan nilai teras organisasi
  • perubahan misi
  • perubahan struktur dan strategi organisasi
  • mendefinasi semula staf dari segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran

Perubahan reaktif

  • kesan dari tindakbals langsung antara pelanggan dan pihak berkepentingan .
  • contoh. sistem peperiksaan
  • Kepekaan pelanggan dan stakeholder terhadap isu2 persekitaran dan etika
  • perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan hendaklah dilakukan

Perubahan akibat dari jangkaan

  • perubahan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan tetapi kerana terdapatnya kesedaran dalam kalangan pengurusan yang perubahan perlu diadakan bagi memperolehi kebaikan kompetetif.
  • Sebab perubahan dilakukan.

- persiapan menghadapi pesaing baru.

- persiapan kemungkinan berlakunya perubahan baru dalam kehendak pelanggan

- penciptaan baru yang memerlukan orang berubah

- perubahan dalam trend kerja

PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

  • dikaitkan evolusi (disebabkan persekitaran) dan revolusi
  • evolusi menghasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh yang panjang dan menyebabkan perubahan dalam status quo.
  • Revolusi adalah perubahan yang pantas dan boleh menghasilkan kesan yang membinasakan jika tidak dikawal.
  • Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendapatkan maklumat tentang perubahandan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplimentasi perubahan.

PERUBAHAN ITU MULTIDIMENSI

  • Perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan
  • Tujuan perubahan-untuk mencapai tujuan dan antara tujuan adalah untuk penambahbaikan terhadap sesuatu.
  • 2 jenis pindaan dalam perubahan sedia ada.
  1. Perubahan peringkat pertama iaitu untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkandan perubahan yang dibuat untuk meningkatkan pencapaian tanpa mengubahnya.
  2. Perubahan peringkat kedua adalah yang melibatkan pindaan yang drastik dalam suatu sistem seperti matlamtat, kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut.Contoh, sekolah bestari

UNIT PERUBAHAN.

  • Merujuk kepada fokus suatu perubahan.
  • Terdiri daripada individu, kumpulan, jabatan, organisasi, sistem organisasi, komuniti.
  • Unit perubahan berganjak dari kecil ke besar ( individu-organisasi)

SIFAT PERUBAHAN

  • bermula dari perubahan peringkat kecil
  • untuk merubah individu perlu dilakukan dengan perubahan sikap, tingkah laku atau kedua2.

MAGNITUD PERUBAHAN.

  • adalah sejauhmana perubahan yang dirancang akan diimplimentasikan
  • istilah komprehensif, sistematik, & dalam skala yang besar merujuk perubahan yang memberikan impak yang besar.
  • perubahan yang besar memberi impak yang menarik tetapi kurang diimplemantasi.
  • perubahan yang kecil tidak menunjukkan impak yang signifikan dan menarik tetapi mudah diimplikasikan.

SKOP PERUBAHAN

  • Sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan boleh ditentukan melalui intrument penilaian.
  • contoh instrument.analisis laporan, pemerhaitian tingkahlaku dan temubual.

JANGKAMASA PERUBAHAN.

  • Perubahan yang memberikan kesan berkekalan adalah perubahan yang berjaya diimplementasikan
  • terdapat pandangan berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan.
  • Kottler(2001) kenal pasti tiga jenis perubahan
  1. t,balas spontan; tidak memberi kesan yang mendalam dan sikap akan kembali kepada asal setelah kesan hilang.
  2. perubahan minima dicapai dengan adanya penentangan awal.
  3. perubahan yang berterusan ;perubahan yang stabil, progresif dan stabil.
  • perubahan bersifat kitaran dan berakhir selepas 10 hingga 15 tahun.
  • kitaran bermula dengan adanya tekanan diikuti dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplimentasikan.

MODEL PERUBAHAN.

  1. Model penggabungan Roger
  • bermula apabila masalah atau keperluan setelah dikenalpasti
  • masalah berasaskan penyelidikan keadaan semasa;kerja makamal dan jangkaan pembangunan akan datang.
  • masalah---- penyelidik mencari penyelesaian masalah melalui ciptaan yang banyak-------inovasi
  • inovasi tidak semestinya hasil dari ciptaan.
  • boleh juga terhasil dari amalan praktikal pengamalnya.

2. Model Kanter

  • Struktur dan organisasi boleh difahami dengan lebih baik jika proses inovasi dibahagikan kepada beberapa tugas utama iaitu penjanaan idea, membina idea, realisasi idea pemindahan idea.

3.Model Rand.

  • Berasaskan perubahan pendidikan
  • Tujuan;menentukan faktor yang menyebabkan dan menghalang perubahan
  • memandu pengumpulan data dan analisis.
  • proses melibatkan daya usaha-----implementasi------penggabungan( gabungan antara yang lama dan baru)

4.Model ACOT

  • berasaskan projek Apple Classroom Of Tomorrow ( kajian pengenalan komputer dalam bilik darjah)
  • Pengkaji membuat kesimpulan perubahan dalam P& P berkembang secara beransur.
  • 5 langkah dalam P&P. Kemasukan, memilih,menyesuakan, penggunaan, merekacipta.

KERJA KUMPULAN:NYATAKAN 8 SEBAB MENGAPA ORANG MENENTANG PERUBAHAN &BINCANGKAN CARA PENYELESAIANNYA

Sebab-sebab:

a) Sikap konvensional

b) Selesa dengan keadaan semasa

c) Prosedur birokrasi yang mengambil masa yang panjang

d) Persekitaran yang tidak sepadan dengan perubahan

e) Tidak mendapat sokongan daripada pihak atasan

f) Kekurangan peralatan

g) Pendedahan pengetahuan yang sempit

h) Kekurangan keyakinan diri

Cara penyelesaian:

a) Mempunyai sikap terbuka

b) Kerjasama di antara pihak pentadbir dan pihak pendidik

c) Melengkapkan diri dengan ilmu terkini

d) bersedia untuk menerima sesuatu yang baru

e) Kelengkapan peralatan yang sesuai

No comments:

Post a Comment