Monday, June 1, 2009

KULIAH MIINGGU 7

Pada minggu ini beberapa kumpulan telah dipilih bagi membentang proposal mereka

Kumpulan 1
Tajuk: Meningkatkan penghayatan pelajar terhadap matapelajaran sejarah.
Cara yang dicadangkan adalah melalui komik. Contoh komik Tun Dr.Mahathir
Soalan: Bagaimana menilai penghayatan pelajar?
:Apakah instrument terbaik bagi menguji penghayatan pelajar.
Jawapan: Tiada instrument khas. Boleh menilai melalui esei pelajar.
Pensyarah memberi cadangan tajuk perlu diubah iaitu menguji minat pelajar dalam subjek sejarah melalui pendekatan komik berdasarkan komik- komik sedia ada di pasaran.

Kumpulan 2
Meningkatkan prestasi pelajar dalam kesusasteraan melayu ( puisi) melalui permainan pencarian harta karun.
Objektif : Meningkatkan kefahaman dan minat pelajar dalam kesusasteraan melayu.
Sampel: Pelajar tingkatan 4
Cara: Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Permainan dijalankan seperti format pencarian harta karun. Terdapat 4 check point yang perlu dilalui oleh pelajar.
  • Check point 1: Menterjemahkan puisi
  • Check point 2: Mencipta puisi
  • Check point 3: Mereka lakonan berdasarkan kreativiti
  • Checkpoint 4: Mempersembahkan lakonan
Cara kumpul data melalui pemerhatian dan soal selidik sebelum dan selepas kaedah inbi digunakan.

Soalan: Apakah setting dan bila diadakan ?
Jawapan: di luar dan dalam kelas
Setiap checkpoint memerlukan 1 masa.
Cadangan : Pensyarah mencadangkan persembahan lakonan dilakukan secara besaran seperti pada minggu bahasa.Pelajar boleh diminta mencipta kostum untuk lakonan.
Boleh juga guna triangulation untuk mengumpul data.

Kumpulan 3
Tajuk: Meningkatkan pembinaan kata kunci melalui kaedah penggubahan lagu bagi meningkatkan kemahiran menjawab soalan.
Cara : guru mengajar sesuatu topik.
:Pelajar diberi ujian
: Guru mengarahkan pelajar membina kata kunci melalui penggubahan lagu
:Ujian post dibuat bagi melihat samada pembinaan kata kunci dapat meningkatkan
penglibatan pelajar atau tidak.

Data dikumpul melalui ujian
Cadangan pembinaan kata kunci di ubah kepada penggunaan kata kunci.


Kumpulan 4
Tajuk: Meningkatkan kemahiran menyanggar dalam permainan bola tampar
Masalah: Pelajar kurang mahir dalam menyanggar bola tampar
Sampel pelajar tingkatan 4 , masa 3 kali masa pertemuan
Cara: Guru membuat demonstrasi mengenai teknik yang betul
; Pelajar akan berlatih dengan menggunakan teknik yang betul
Penilaian dibuat secara pemerhatian.

Cadangan: Ditolak kerana tidak dapat menguji keberkesanan kaedah kepada pelajar.Pensyarah berpendapat sekiranya latihan dibuat secara berterusan maka pelajar akan mahir teknik tersebut.

Kumpulan 5
Meningkatkan penguasaan sebutan bahasa inggeris kepada pelajar sekolah rendah. (darjah 2)
Objektif: Dapat meningkatkan minat pelajar, pelajar yakin untuk bertutur dalam bahasa inggeris, meningkatkan prestasi bahasa inggeris sekolah.
Cara: Smart reader dimana pelajar belajar vokal dengan menggunakan buku dan kaset
: Nyayian dimana guru memberi handout dan pelajar akan menyanyi bersama
: Peer teaching- Pelajar yang telah mahir akan mengajar rakan yang tidak mahir. Ini
dibuat secara kumpulan.
: Cheering; Pelajar menyanyi sambil membuat pergerakan
Cara kumpul data: Ujian, dibuat pertandingan chorus speaking, story telling.
Cadangan: ada scoreboard markah sebagai peneguhan kepada pelajar
: Membuat temubual secara berkumpulan bagi mengumpul data



TUGASAN MINGGU INI:
Pensyarah meminta kami menulis pandangan mengenai kajian tindakan.

No comments:

Post a Comment