Thursday, May 28, 2009

KULIAH MINGGU 6

TUGASAN 1


1.Kami diminta untuk mengeluarkan sehelai kertas dan menuliskan perkara -perkara berikut
  • maklumat diri seperti nama, no matriks, alamat, status, program dan kelulusan terdahulu
  • sebab -sebab ingin menjadi guru
  • menyatakan nama guru yang paling disukai dan sebab
  • menyatakan nama guru yang tidak disukai dan sebab
  • tugas seorang guru
  • melukis gambar pokok dan tandatangan beserta tarikh lahir
(Nota;Pensyarah memberitahu bahawa tugas guru adalah untuk berkongsi ilmudan pengalaman.Pensyarah turut menyatakan gambar pokok yang dilukis merupakan gambaran mengenai diri.Contoh , pokok yang berbatang besar melambangkan pendirian yang teguh dan tidak mudah goyah).

TUGASAN 2

Kami diminta untuk mengulas mengenai kajian tindakan berdasarkan seminar serantau yang telah dihadiri.
Saya dan pasangan mengulas tajuk berikut:

Tajuk: Kesan penggunaan pemetaaan informasi dalam matematik terhadap pengetahuan pelajar
Pembentang : Hutkemri
Tempat: Sri Mahang
Kenapa kajian dibuat?: Pelajar menghadapi masalah untuk memahami matematik dan tidak yakin untuk memberi jawapan dalam kelas matematik
Apa yang dibuat?: Menggunakan rekabentuk eksperimen untuk menguji kesan strategi pemetaan informasi terhadap pengetahuan konseptual pelajar Sekolah Menengah Pertama Rokan Hulu Riau Indonesia.
Bagaimana dibuat?
Guru menyatakan tentang kegiatan belajar yang mereka harus lakukan.
Pelajar akan belajar mengenai suatu topik berdasarkan bahan pengajaran yang disediakan ( peta konsep, peta prosedur, soalan latihan).Pelajar akan belajar dan mencuba terlebih dahulu mengatasi masalah kesukaran yang dihadapi dan berbincang sesama sendiri.. Sekiranya ada masalah pelajar akan kembali kepada kepada peta konsep dan peta prosedur.Guru cuma bertindak sebagai pembimbing dan memberi arahan.Data dikumpul melalui ujian.Memandangkan ini adalah kajian eksperimen maka 2 kumpulan ( rawatan dan kawalan0 telah terlibat. Data peringkat pra dan pos diambil.Data dianalisis secara kuantitatif ( descriptive )iaitu menggunakan ujian normaliti Kosmogorov Smirnov.Hasil kajian mendapati strategi pemetaan informasi memberi kesan positif ke atas pengetahuan pelajar.


Pensyarah menyatakan perbezaan kajian tindakan dengan kajian eksperimen, kajian tinjauan dan jenis- jenis kajian lain.

TUGASAN 3

Kami diminta untuk membuat kumpulan yang terdii dari 5 orang. Setiap kumpulan perlu mempunyai kepelbagaian. Contoh dari segi program dan menyediakan sebuah proposal.
Ahli kumpulan :
Mohd Fa'izi Basar ( Ketua)
Zatul Himmah Samsudin (bio)
Fadilah Mahabob ( bio)
Noraini Merah Husein ( Pi)
NurAzwani (Pi)

Tajuk Proposal : Mengkaji penglibatan pelajar lelaki melayu dalam sukan bola keranjang
Proposal perlu dihantar pada 28 Mei 2009.

No comments:

Post a Comment