Saturday, May 16, 2009

TUGASAN 1- ULASAN BUKU

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

1. Kajian tindakan adalah apabila hasil dari refleksi terhadap sesuatu isu dimana dapat meningkatkan meningkatkan pemahaman pengamal terhadap amalannya dan seterusnya meningkatkan mutu amalannya.Contoh, guru mengenali masalah yang dihadapinya dalam kelas, memhami mengapa masalah itu timbul, mencari cara bagaiman mengatasi masalah yang dihadapi, seterusnya membaiki mutu pengajarannya.
2. Kajian tindakan adalah sesuatu yang fleksibel dari segi cara data diperolehi.Contoh, data boleh diperolehi dari jurnal pengkaji lain, sesuatu case study,foto atau rakaman terhadap kanak-kanak di sekolah, nota mesyuarat, pembentangan ddalm persidangan, temubual dan questionnaire.
3. Kajian tindakan tidak perlu mengikut sepenuhnya kaedah eksperimen yang tradisional.Ini kerana kaedah eksperimen bergantung kepada pembolehubah dan rekabentuk eksperimen tidak boleh diubah.Berbanding dengan kajian tindakan yang berbentuk eksperimen yang boleh diubah setelah refleksi dibuat.
4. Kajian tindakan adalah sesuatu yang sensitif kepada adaptasi. Ini bermaksud dimana setelah sesuatu langkah telah dijalankan, maklumbalas diperolehi dan perubahan yang selanjutnya boleh dilakukan sekiranya perlu.
5. Kajian tindakan bermula apabila timbulnya sesuatu atau masalah yang ingin diselesaikan.Jadi ia adalah sesuatu yang unik kerana bergantung kepada sesuatu persekitaran dan kaedah yang dilakukan juga bergantung kepada persekitaran. Contoh, pengajaran secara kuliah mungkin sesuai untuk suatu kelas dan ia tidak seuai untuk kelas yang lain.

Karakter- karakter dalam kajian tindakan.

1. Amalan sosial.
2. Bertujuan ke arah peningkatan.Ini bermaksud kajian tindakan bertujuan ke arah memperbaiki sesuatu keadaan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai peringkat dari individu, kurikulum, bahagian, institusi dan mampu mengubah polisi sesuatu tempat atau sektor.
3. Kitaran. Secara amnya, kajian tindakan adalah kitaran refleksi, perancangan, tindakan, pemerhatian dan seterusnya.
4.Pertanyaan sistematic( sistematik enquiry).Kajian tindakan biasanya dilakukan apabila ada isu yang ingin diketengahkan.
5.Refleksi.Dalam melakukan kajian tindakan,refleksi yang dilakukan perlulah telus. Pengamal mestilah telus terhadap amalannya dan kesan dalam tindakannya.
6. Penyertaan.
7.Keinginan pengamalnya. Ini bermaksud orang yang ingin melakukan kajian tindakan perlu memilih sendiri isu yang ingin diselesaikan. Ia adalah berasal dari kehendak sendiri yang ingin mengetahui mengapa masalah itu berla ku dan langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah itu.

TUJUAN KAJIAN TINDAKAN DILAKUKAN

1. Untuk menganalis amalan sendiri dalam kaedah yang lebih sistematik.
2. Meningkatkan etifikasi kendiri.
3. Cara untuk mencabar kepercayaan sedia ada, sesuatu konsep atau teori dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Boleh meningkatkan pengalaman pembelajaran pelajar. Contoh, guru memperkenalkan pembelajaran secara koperatif semasa pengajaraanya dan pelajar dapat mendapat kaedah pembelajaran yang baru.
5.Guru dapat memahami dengan lebih mendalam terhadap pengajaran mereka dan seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran mereka.
6. Meningkatkan profesionalisme guru.
7. Mengurangkan jurang antara teori dan amalan. Dengan ini guru bukan sahaja mengetahui teori dalam pengajaran dan pembelajaran tetapi juga mengamalkannya.

MODEL KAJIAN TINDAKAN.



1. Model yang digunakan adalah berasaskan Kurt lewin dimana pendekatan yang dijalankan beliau adalah berbentuk spiral.

2. Dalam kajian tindakan yang perlu adalah memerhati apa isu yang perlu diperbaiki, merancang tindakan yang perlu diambil, melakukan perubahan , refleks tindakan yang telah diambil.

2. Sampel adalah pelajar tahun tiga jurusan psikologi

3. Setting adalah universiti.

PROSEDUR.

1. Terdapat 5 langkah yang disarankan dalam buku ini.

  • Langkah1.Mengenal pasti masalah, isu, kesukaran atau apa yang perlu diberi perhatian.
  • Langkah 2.Memikirkan cara bagi mengatasi masalah.
  • Langkah3.Bertindak
  • Langkah4. Menilai
  • Langkah 5.Modifikasi amalan.

Dalam bab 6 buku ini iaitu considering research methodologies ada menerangkan mengenai protokol kajian. Walaupun protokol kajian dilihat tidak penting, tetapi ia berguna sebagai rangka sebelum memulakan kajian tindakan. Panduan dalam membuat protokol kajian.
  1. Muka depan dengan tajuk penuh dan maklumat kajian.
  2. Penerangan mengenai kajian yang ingin dilakukan.Ini adalah rumusan kepada tujuan, kepentingan kajian.
  3. Teori yang terlibat atau sorotan literatur
  4. Kaedah kajian. Dalam kaedah kajian diterangkan mengenai:
  • Reka bentuk.
  • Material.menerangkan mengenai instrument , questionaire atau interview yang akan digunakan.
  • Sample. Terangkan target populasi, sampel, peserta dan prosedur yang terlibat.
5Analisis data yang berkaitan dengan rekabentuk kajian. Memberi cadangan mengenai jenis
statitistik yang bakal digunakan ( kualitatif atau kuantitatif). Contoh kuantitaif parametric
atau non parametric. Contoh kualitatif coding.
6.Jadual.
7.Dissemination plan iaitu memberitahu mengenai kebaikan kajian ini kepada pelajar dan
komuniti akademik.
8. Continuation plan iaitu marancang tindakan seterusnya.
9. Rujukan.

PENGUMPULAN DAN PENGANALISIAN DATA.

1. Instrument dan teknik mengumpul data.

  • Questinaire.Kebaikan menggunakan kaedah ini adalah responden lebih jujur dalam memberikan maklum balas.
  • 3 bentuk soalan yang ditanya dalam questionaire adalah soalan berbentuk terbuka, soalan berbentuk tertutup dan skala atitude.
  • Temubual. Kaedah ini mudah dan tidak memerlukan analisis statistik.Keburukan kaedah ini adalah mengambil masa .3 bentuk kaedah interview adalah kaedah struktur, separa struktur dan tidak berstruktur,

Teknik analisis data.

1. Data analisis boleh dilakukan melalui 2 cara iaitu secara kualitatif atau kuantitatif.

2. Analisis kualitaitif .

  • Terdapat banyak jenis kualitatif analisis. Contohnya grounded theory ( teori dari data),discourse analysis ( analisis makna teks),semiotics (mengenai tanda seperti tulisan, bunyi atau imej), interpreative phenomenological inquiry ( memahami pengalaman individu).
  • Penulis mencadangkan 2 jenis kualitatif data yang digunakan dalam kajiannya iaitu analisis tema dan analisis kandungan.
Analisis tema .
  • Terdapat beberapa langkah dalam analisis tema.
  • Langkah 1: Immersion. Ini bermaksud pengkaji membaca transkrip dan mencatat tema. Ini dibuat selepas interview keseluruhan dibuat.
  • Langkah 2: Membuat kategori. Close reading of transkript
  • Langkah 3: Mengurangkan kategori. Memandangkan hanya 10 -15 kategori diterima maka kategori yang berulang dihapuskan.
  • Langkah 4: Menggabungkan kategori.
  • Langkah 5:Menyemak tema.
  • Langkah 6: Mengaitkan kategori dengan tema.
  • Langkah 7:Mempersembahkan hasil kajian.
Analisis kandungan
  • Langkah 1: Menetapkan unit analisis.
  • Langkah 2: Membahagikan transkrip kepada unit analisis
  • Langkah 3: Membuatkategori
  • Langkah 4: Mengaitkan kategori dan unit analisis.
  • Langkah 5: Mengira unit peratusan unit analisis dalam kategori.

3. Analisis kuantitif

  • 2 jenis analisis kuantitatif adalah statistik untuk penerangan (descriptif statistik) dan statistik untuk kesimpulan( Inferential statistik).
  • Dalam descriptif statistik data dianalisis dalam bentuk kecenderungan berpusat( mean, mode, median) dan taburan( julat, sisihan piawai dan varian).
  • Dalam inferential statistik ia lebih bertujuan menyimpulkan data yang telah dikumpul.3 jenis stattistik ini adalah ujian korealasi, ujian perbezaan dari segi min( t- test, z- test) dan ujian ketepatan ( chi square).

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

  • Kesahan bermaksud item yang diuji adalah bermakna kepada responden. Untuk menguji kesahan, berikan questinaire kepada 20-30 orang yang tidak terlibat dalam kajian dan minta mereka memberi pandangan samada item yang hendak diuji adalah kabur, tidak jelas dan tidak bermakna.
  • Kebolehpercayaan.Ini bermaksud samada pengkaji boleh mendapat keputusan yang sama sekiranya questinare dibuat pada masa yang berbeza.

ETIKA DALAM KAJIAN TINDAKAN

  • Secara asasnya 3 prinsip yang perlu diikuti ketika melakukan kajian tindakan adalah ' consent informed', kerahsiaan, dan perlindungan dari bahaya.
  • consent informed bermaksud persetujuan dari peserta yang terlibat dalam kajian perlu diambil kira dan ia dilakukan tanpa paksaan. Selain itu, mereka diberitahu maklumat yang secukupnya mengenai kajian yang ingin dilakukan dan kesannya. Antara maklumat yang perlu diketahui oleh peserta adalah tujuan kajian, masa yang diambil dan akibat dari kajian yang dilakukan.
  • Kerahsiaan.Maklumat peserta adalah sulit. Selain itu, hanya orang tertentu sahaja yang boleh mengetahui maklumat peserta.
  • Perlindungan dari bahaya ( protection from harm). Peserta dilindungi dari kesan psikologi seperti kesan kepada kendiri dan keyakinan akademik.

PENILAIAN KESELURUHAN.

Terdapat beberapa bahagian dalam buku ini sukar untuk difahami dan lebih menjurus dalam konteks kajian tindakan di universiti. Ia mungkin berkesan untuk orang yang telah mahir dengan kajian tindakan. Selain itu, penulis mencampurkan kaedah eksperiment dan tinjauan .







1 comment:

  1. wow dh siap..bagos-nye..

    SELAMAT HARI GURU
    Selamat ber-Kajian Tindakan
    Selamat ber-seminar

    ReplyDelete